//Ain Najiha's blog :) " />
The Owner




Diaries Owner Linkies Sahabat

Hello peeps ! Welcome to my blog. Do follow me :D


My Love

Muhammad Zul Azizi bin Mazeli. I love you till my last breath ! In sha Allah

Contact Me


      My poster

      Credits!

      basecode: Nurul AtiQah
      Edit by: Cikmimin
      Re-Edited By:ain najiha

      Others:   


      Selamat Hari Lahir, Kesayangan :D

      Assalamualaikum...



      8/12/2013 hari tu, hari lahir dua insan kesayangan aku, mama & jiji. Mama kata nanti gaduh, aku pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan gaduh tu. Tapi yg pasti, aku bergaduh dengan otak aku apa yang aku nak bagi masa birthday dorang. Hahaha. Time cuti pulak kan, mana nak dpt duit. So, dengan adanya sisa-sisa duit. Aku beli lah barang2 nak buat apam polkadot. Aku dah lama usha resepi apam nie dengan en.google. tinggal tunggu masa je nak buat. Kebetulan masa malam birthday tu jiji pegi kem, aku ingat aku ada lah banyak masa nak buat apam tu. Lepas tu cubaan pertama tak jadi. Huh. Aku cuba kali kedua. Jadi lah jugak. Disebabkan benda kecik je apam tu boleh tak jadi. For sure lepas nie memang aku tak nak buat lagi apam tu. Nampak senang kan? Tapi susah gila weh. Bagi orang yang tak pernah buat apam macam aku nie lah lagi susah. Just ikut betul2 dekat resepi tu. Kalau salah pandang, memang tak jadi apam lah. Entah jadi apa. Hahaha. Pengalaman mendewasakan kita. Ecehh.  *tetiba. Haha. Sekali tu tengah syok2 buat apam, jiji call. Call free kan. Waduh, time tu dia dah tanya aku buat apa. Mana boleh bagitahu nanti kantoi lah. Sekali betul2 kantoi. Dia teka aku buat kek. Betul lah jugak tu kan?  Time tu tak ngaku pun. Hahaha. Apam tu aku buat dua bekas, satu mama punya. Satu jiji punya. Yang jiji punya aku tulis “happy birthday sayang”. Aku Tanya dia siapa yang makan tulisan sayang tu? Dia kata” sayang nak makan.” Aku ckp makan lah nanti aku malu. Dia kata “ sayang yang malu bukan org” hehh. Tak guna. Hahah. Esoknya bila tengok apam tu macam nak tak nak jadi je, aku decide pegi banting beli kek untuk mama & jiji plus beli dominos sekali untuk sambut dekat rumah. Tak dapat sambut dengan jiji. So, aku hantar je lah semua tu dekat rumah dia. Aku ingat petang tu nak hantar, tapi dah nak maghrib pun masa dia msg tu. Malam tu borak2 kejap dengan dia dekat depan rumah. Sekali abah dia keluar tegur, aku nie kalau dengan orang tua segan sikit. Hehe. Biasa cakap dengan kawan2 je. Bila cakap dengan orang tua kekok sikit. Abah dia ajak masuk, abah dia kata “kalau ada abah tape, kalau tade tak boleh” hahahaha. Lawak. Aku memang tak masuk pun. Perasaan segan menghalangi segalanya. Haha. Puih! Aku suka kenakan jiji bila ktorang depan rumah dia sebab dia nie segan sikit kalau nak cakap dengan aku. Cakap pun slow2 je. Aku pernah tanya dia kata nanti ada orang ngopeng(curi2 dengar) hahaha. Time macam nie lah aku selalu sakat dia. Aku tanya dia sayang aku tak. Aku tanya sampai dia jawab. Bila tengok muka kesian dia. Aku gelak tak ingat. Comel je muka dia time tengah malu. Hahahaha. Ehh, cerita pasal birthday tak habis lagi nie, aku ada buat kad birthday untuk jiji. Tapi aku tak ingat nak amek gambar. Tu pun aku dah siap2 nak hantar dekat rumah jiji baru aku ingat kewujudan kad tu. Aku amek cepat2. Masuk sampul. Tulis nama dia & gam! Siap. Hehe. Tiap2 malam before birthday dia tu aku buat. Satu malam lebih kurang satu corak. Penuh semangat aku buat. Hahaha. Syg punya pasal kan. Apa pun boleh lah. Then, aku ada lukis gmbr cartoon perempuan, aku cakap itu aku. Nak tahu jiji kata apa? “Cartoon tu comel, tapi kurus lah yang”. Maknanya dia nak kata aku gemuk lah? hehh. Tape, aku dah biasa dah, dia panggil aku gemuk. Sebab aku pun suka panggil dia gemuk. Hahahahaha. Happy birthday mama. Happy birthday sayang :D may allah bless both of you always. Lots of love, Ain Najiha binti Jasni.


      Apam pelbagai corak untuk jiji
      kek birthday jiji

      Apam pelbagai corak untuk mama

      Mama bersama kek birthdaynya. hehe



       ain najiha here :)



      Masihkah ada bahagia?

      Assalamualaikum.

      Masa sem satu dulu, aku kena buat assignment. so, kena tulis novel. tak lah novel sangat. sebab tak panjang pun. aku buat ikut suka hati aku je lah. main hantam je. Alhamdulillah dalam lah markah 47/50 something lah. tak ingat. huu. Tajuk novel aku tu, masihkan ada bahagia. wahhh. gitu~ hahaha. meh nak share novel yang aku buat tu. tak suka, blah. penat aku perah otak tau. haha



      Arissa Adrianna seorang gadis yang sangat ceria. Hidupnya penuh dengan kebahagiaan. Tetapi segalanya telah dirampas apabila dia mula mengenali Aiman Irham. Pada awal perkenalannya dengan Irham, hidupnya cukup bahagia. Irham mengajar segala-galanya tentang cinta. Bersama Irham dia merasa sangat bahagia sehingga dia merasakan bahagia cuma miliknya sahaja.
      Disaat hatinya mengenali erti cinta, bebunga pagi dirasakan sangat indah, kelompok bunga mekar seolah-olah menyanyi nada cinta. Kegelapan dan kehitaman dilontarkan jauh dibumi kontang yang tidak berpengunjung.
      Kemana sahaja dia pergi, dia akan bersama-sama dengan Irham. Tetapi malangnya perhubungan mereka cuma bertahan selama 2 bulan sahaja. Irham pergi tanpa alasan. Membiarkan Arissa terkapai-kapai mencari kebahagiaannya dahulu. Mencari-cari dimana Irham yang pernah dia kenali dahulu.
      Tapi segala-galanya hampa. Segunung  batu kerikir kehampaan menguris perasaan gadis itu. Adakah diri ini lemah, adakah diri ini harus dilukai. Luka  berdarah dan nanah panahan cinta merebak dalam sekeping hati yang suci.
      Lima bulan selepas perpisahan itu, Irham kembali bersama Arissa tetapi datang hanya sebagai kawan. Hidup Arissa kembali ceria seperti dahulu. Irham berhasrat untuk kembali bersama dengan Arissa seperti dahulu, Arissa menerimanya dengan hati yang terbuka. Tetapi pada suatu hari, Arissa melihat Irham bersama-sama dengan bekas kekasihnya dan dia seperti lupa akan janjinya pada Arissa.
      Suatu malam, Arissa menyatakan rasa tidak puas hatinnya terhadap Irham. Irham seperti berdolak dalik dan seperti mahu mempermainkan Arissa seperti dahulu. Irham berhasrat mahu menjadikan Arissa seperti ‘Teman Tapi Mesranya’. Irham tidak mahu dia dan Arissa bermusuhan serta bermasam muka lagi. Arissa bersetuju dan membuat perjanjian bersama Irham. ‘bekas kekasihnya atau sesiapapun tidak perlu tahu apa yang berlaku antara mereka berdua’.

      Beberapa bulan menjalinkan hubungan ‘ Teman Tapi Mesra’ , mereka seolah-olah seperti pasangan kekasih. Keluar makan bersama-sama, menonton wayang, bersiar-siar. Segala-galanya mereka lakukan bersama. Tetapi dalam pada masa yang sama mereka bebas berkawan dan menjalinkan hubungan dengan sesiapa sahaja.
      Tetapi bagi Arissa, Irham adalah miliknya. Kerana masih sayangkan Irham, Arissa berasa cemburu setiap kali Irham berhubungan dengan perempuan lain.  Arissa hanya ada Irham sahaja pada waktu itu, dia cuba untuk mengembalikan hubungannya dengan Irham seperti dahulu.
      Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Irham kerana baginya Irham adalah segala-galanya baginya.  Semasa Irham bekerja, Dia sanggup berjaga sepanjang malam hanya kerana menemani Irham. Ketika itu Irham bekerja di McDonald dan bertugas pada malam hari. Dia sentiasa ada bersama dengan Irham sewaktu susah mahupun senang. Dia terlalu menyayangi Irham. 
      Lebih malang lagi, Selepas sahaja beberapa bulan mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia. Irham ditawarkan melanjutkan pelajarannya ke Kuala Lumpur. Irham pergi dan meninggalkan Arissa di kampung sendirian. Pada awal pemergiannya, Irham melayan Arissa seperti biasa. Seperti tiada apa yang akan terjadi kepada hubungan mereka.
      Tetapi setelah beberapa bulan Irham berada disana, Arissa mula menyedari perubahan Irham seperti awal perpisahan perhubungan mereka pada suatu masa dahulu. Irham seperti sudah jauh berubah.Tiada ucapan selamat malam seperti selalu.Tiada lagi pesanan apabila Irham balik ke kampung. Arissa seperti mengesyaki sesuatu.
      Suatu hari, sedang Arissa bersiar-siar bersama kawan-kawannya, Arissa seperti ternampak kelibat Irham di kampung pada petang itu, Arissa seperti tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Beberapa kali dia cuba untuk memastikan sama ada betul atau tidak apa yang dilihatnya dan ternyata tidak salah apa yang dilihatnya. Irham pulang tanpa memberitahu kepadanya.
      Semakin hari semakin ketara perubahan pada diri Irham. Dia seperti merahsiakan sesuatu dan Arissa seperti dapat menjangkakan apa yang terjadi kepada hubungan mereka. Setiap kali Arissa mengajak Irham berjumpa, ada sahaja alasan yang diberikan. Semasa Irham berada dikolejnya, Arissa sentiasa berusaha untuk menghubungi Irham tetapi alasannya dia sibuk untuk menguruskan pelajarannya.
      Arissa yang sentiasa faham dengan keadaan Irham hanya mampu menerima apa sahaja kata-kata Irham tanpa dia mengetahui ada rahsia lain yang cuba Irham sembunyikan. Setiap kali berbalas sms, mereka sentiasa bertengkar walaupun puncanya cuma perkara biasa. Ada sahaja yang tidak kena pada mereka. Gaduh dan terus bergaduh.
      Arissa mula menyedari hubungan mereka seperti retak menanti belah. Arissa cuba pelbagai cara untuk berbaik dengan Irham dengan harapan hubungan mereka boleh dijernihkan. Tetapi semuanya menghampakan Arissa kerana usahanya seperti mengecewakannya. Hubungan mereka semakin hambar dari hari ke hari.
      Sehingga suatu hari, Arissa terdetik untuk membuka laman facebooknya dan melihat sesuatu yang membuatkan jantungnya seperti berhenti berdenyut. Dia terbaca perbualan antara Irham dan seorang perempuan yang belajar di kolej yang sama dengan Irham sehingga membuatkan air matanya mengalir tanpa henti. Mengerti lah dia mengapa Irham berubah sebegitu sekali kerana rupa-rupanya Irham bertemu perempuan lain dikolejnya.
      Arissa seperti tidak percaya dengan apa yang baru diketahuinya, dia membuka pula laman facebook Irham untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejauh mana hubungannya dengan perempuan itu. Dan dia mendapati bahawa mereka sudah lama berkenalan dan Arissa menganggap hubungan mereka sangat mesra sekali kerana perempuan itu selalu menunggu Irham habis dari kelas dan selalu kemana-mana sahaja bersama Irham ketika dikolej.
      Bagai ada batu besar menghempat dirinya. Sekali lagi dia teruji. Kebahagiaannya direntap sekali lagi. Bebunga bahagia bukan miliknya kini. Dia harus redha dengan permainan takdir Ilahi.
      Di jendela tingkap kamarnya, dia meratapi nasib diri. Hujan yang turun membasahi bumi seperti mengerti kelukaan dihati. Bagaimana lebatnya hujan diluar, begitulah lebatnya air mata yang mengalir dipipi gebunya kini. Terasa hidup ini begitu kejam kepadanya. Adakah kelukaan ini yang harus dibayar untuk menebus segala dosa-dosanya?
      Apabila keadaan sudah menjadi semakin rumit, Arissa seperti mula sedar satu persatu perubahan Irham semenjak dia menjejakkan kaki di kolej itu lagi. Dia merasakan Irham tidak memerlukannya lagi di dalam hidupnya. Arissa bernekad untuk pergi dari hidup Irham kerana dia sudah penat dilukai oleh Irham disebabkan perkara yang sama berulang kali. Baginya segala-galanya harus ditamatkan kini dan dia sendiri yang akan menamatkan semuanya !
      Suatu malam apabila Irham pulang ke kampung, Irham ingin berjumpa dengan Arissa dan Arissa bersetuju. Arissa seperti berpura-pura seperti tidak mengetahui apa-apa yang terjadi dibelakangnya. Setelah penat melihat sandiwara Irham pada malam itu, Arissa mengambil kesempatan untuk meluahkan segala-galanya yang terbuku di hati.
      “Macam nie lha Ir, aku rasa biarlah sampai sini je. Aku dah penat lah dengan permainan kau. Kau pun dah jumpa perempuan lain kan? Untuk apa lagi kau dengan aku kalau hati kau dekat perempuan lain? Kau boleh buat apa je yang kau suke lepas nie. Jangan cari aku lagi kalau boleh. Aku harap kau bahagia dengan perempuan tu”. Arissa memulakan kata.
      “Apa nie? Kenapa tetibe je nie? Ape yang kau merepek nie? Tak faham aku”. Irham berdolak-dalik.
      “Sudah lah Ir. Aku dah tahu semuanya. Aku pun dah tahu pasal perempuan kat kolej tu. Kenapa tak bagitahu aku kau dah ada orang lain. Kau ingat aku ape kat sini? Tunggul ke? Tunggu kau kat sini macam orang bodoh. Rupe-rupenye kau sibuk dengan orang lain kat sane. Patut lah kau selalu cari alasan macam nak mengelak daripada aku sekarang nie. Jadi nie lah sebabnye? Haa?”. Marah Arissa kerana Irham cuba berdolak dalik dengannya sedangkan dia sudah mengetahui segala-gala yang berlaku dibelakangnya.
      Irham diam tidak memberikan jawapan. Kalau boleh dia tak nak Arissa tahu apa yang sebenarnya berlaku. Dia mahukan Arissa dan juga perempuan itu. Dia binggung sendiri. Arissa semakin menyinga melihat Irham sebegitu.
      “Okay lah. Kau tak nak jawab ape-ape lah nie? Tape lah kalau macam tu. Aku anggap antara kita dah tade ape-ape lagi. Aku dah tak nak amek tahu ape-ape lagi pasal kau lepas nie. Kau bukan urusan aku lagi mulai saat nie. Aku harap perempuan tu boleh jaga kau dengan baik.  Aku tak mampu nak jaga kau lagi, Ir. Jaga diri baik-baik. Jangan suke-suke lukakan hati orang. Allah tu maha adil. What you give, you will get back. Assalamualaikum”. Arissa bersuara lagi sebelum memutuskan untuk meninggalkan Irham ketika itu. Sabarnya sudah tak dapat dibendung lagi. Sakit hatinya pada Irham membuatkan dia nekad sebegitu dan beranggap hubungannya bersama Irham telah tamat sampai disitu sahaja.
      Dia mengharapkan Irham tidak akan mencarinya lagi setelah dia berjaya melupakan Irham nanti.  Dia juga mendoakan kebahagiaan Irham bersama perempuan itu dan dia bersedia untuk mengundurkan diri walaupun hakikatnya bukan mudah untuk dia terima apa yang telah terjadi pada hubungan ‘Teman Tapi Mesra’ mereka.
      Tetapi baginya, dia harus mengikhlaskan segala-galanya kerana dia tidak mahu menyimpan dendam terhadap sesiapa. Biarlah segala-galanya tamat disini sahaja.
      Setelah berbulan-bulan peristiwa hitam itu berlalu, Arissa menganggap lelaki hanya barang mainan yang tak layak disayangi dan dia seperti tidak mempercayai mana-mana lelaki sekalipun. Baginya semua lelaki sama sahaja. Hanya tahu melukai hati perempuan. Hati kecilnya bagai dihiris sembilu. Sakitnya hanya Allah yang tahu.

      Setelah berbulan-bulan perpisahan antara Arissa dan Irham, Arissa mengenali Asyraf Hakimi melalui sahabatnya, Marissa. Marissa memperkenalkan Asyraf kepada Arissa kerana dia yakin Asyraf adalah satu-satunya lelaki yang mampu membuatkan Arissa menghapuskan semua tanggapan buruknya terhadap lelaki.
      Lagi pula, Asyraf adalah  kawan sekelas Marissa sewaktu berada di sekolah menengah dahulu. Dia kenal baik dengan Asyraf. Disebabkan itu juga, dia berani memperkenalkan Asyraf kepada Arissa.
      Ketika Marissa dan Arissa sedang bersantai merehatkan diri dirumah sewa mereka, Marissa bertanya kepada Arissa mengenai Asyraf.
      “Aku nak kenalkan kau pada kawan aku, kau nak ?” Marissa memulakan perbualannya dengan Arissa.
      “Kawan kau ? siapa? tak nak lah aku. Ala, Kau macam tak tahu aku. aku dah penat lah dengan lelaki nie. Nak buat ape?Buang mase je lah’’. Jawab Arissa seperti endah tak endah sahaja.
      “Aku bukan apa, tapi aku rasa dia boleh bahagiakan kau. Dia tu kawan sekelas aku dulu. Aku kenal dia, dia tak kan buat kau kecewa lagi. Percaya lah cakap aku, Rissa’’ Marissa cuba menyakinkan Arissa. Baginya Arissa harus diselamatkan daripada terus membenci lelaki.
      “Hmm, entah lah Mar, aku tak percaya mana-mana lelaki lagi sekarang nie. Aku penat terluka je. Kalau dia pun macam lelaki-lelaki yang pernah aku kenal dulu macam mana? apa yang akan terjadi dengan aku? terluka lagi. ah.. aku tak kan biarkan perkara tu terjadi lagi’’. Arissa cuba memancing Marissa dengan soalan begitu.
      “Rissa, aku bukan nak beria-ria. Tapi dia nak sangat kawan dengan kau. Kalau tak jadi apa-apa pun antara kau dengan dia. Atleast berkawan lah. Aku percaya kau boleh terima dia lama-lama. Cuma perlukan masa je. Tak salahkan kalau kau bagi peluang pada dia untuk kenal kau?”. Marissa masih tidak berputus asa menyakinkan Arissa.
      “Hmm, kalau macam tu. Kau bagitahu dia yang aku sudi nak berkawan dengan dia. Tapi hanya kawan tau’’. Arissa menjawab sambil tersenyum memandang Marissa. Tidak sanggup rasanya menghampakan Marissa lagi. Dia yakin yang Marissa tak kan membiarkan dirinya terluka lagi. Dia rasa tak salah kalau bagi peluang pada kawannya itu. Mana tahu apa yang dikatakan Marissa itu ada benarnya.
      “Terima kasih Rissa, terima kasih !Nanti aku bagitahu dia ye. Kau mesti suka kat dia nanti’’. Bebunga Marissa mendengarkan jawapan Arissa. Terasa bertuah dirinya hari itu kerana selama ini dia tidak pernah berjaya memujuk Arissa untuk terima Asyraf. Kadang-kadang sampai dia rasa putus asa untuk memujuk Arissa. Jawapan tetap sama. Arissa hanya tersenyum melihat keterujaannya kawan baiknya itu.
      Pada awal perkenalannya dengan Asyraf, dia masih lagi menyimpan keraguan terhadap Asyraf kerana dia takut dilukai lagi. Tetapi lama ke lamaan, Arissa mula menyenangi Asyraf. Dia sangat berharap Asyraf tidak akan jadi seperti lelaki lain.
      Semakin hari mereka semakin rapat dan mula menyimpan perasaan dalam diam. Tapi biarlah perasaan itu hanya dia dan Penciptanya sahaja yang tahu. Biarlah dia simpan dilubuk hatinya. Dia malu jika Asyraf tahu perasaannya. Sifat Asyraf yang sentiasa mengambil berat terhadap dirinya bagai memberi harapan baru kepadanya.
      Arissa yang dahulunya sangat sosial dengan kehidupan remajanya mula berubah kerana nasihat Asyraf. Dia cuba untuk menjadi yang terbaik  dimata Asyraf. Tetapi dia sedar, dia tak cukup baik untuk mendapatkan Asyraf. Dia merasakan Asyraf tidak layak untuknya.
      Baginya Asyraf terlalu baik. Kerana dia teringat kata orang tua-tua, lelaki baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Dia bukan gadis yang baik seperti yang orang lain sangkakan. Tapi setelah mendapat kekuatan daripada sahabat-sahabatnya, dia sedar jodoh pertemuan ditangan tuhan. Dan manusia mampu berubah untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari. Dan dari situ dia mula berubah dan terus berubah.
      Bebunga indah kembali bermaharaja lela dalam hidupnya kini. Dihati kecilnya mula terukir indah nama Asyraf. Apabila terkenangkan Asyraf, dia mula tersenyum sendiri. Tersenyum bahagia. Bunga-bunga indah tumbuh mekar seperti mekarnya hati Arissa dengan kebahagiaan yang dirasainya kini. Dalam hati dia bersyukur Allah masih memberikan dia peluang untuk merasai kebahagiaan setelah beberapa kali kecundang dalam percintaannya dahulu. Nama Asyraf sentiasa menjadi sebutannya kini. Setiap kali berbicara, nama itu pasti  meniti di bibir mungil gadis genit itu.
      Hubungan mereka semakin hari semakin rapat dan mereka juga belajar di kolej yang sama dan berjanji untuk menamatkan pengajian bersama-sama. Masing-masing sibuk dengan pelajaran mereka dan kadang-kadang sahaja dapat berjumpa.
      Setelah 3 tahun 5 bulan menamatkan pengajian dan mereka sudah pun mendapatkan pekerjaan dan memandangkan umur arissa genap 24 tahun dan memang merancang untuk berkahwin, Asyraf masuk meminangnya dan mereka mengikat tali pertunangan.
      Semasa majlis pertunangan Arissa dan Asyraf, hanya keluarga terdekat dan kawan baik Arissa sahaja yang datang pada majlis itu.
      Tahniah Rissa! Bertunang jugak kau dengan kawan aku tu. Dulu kata tak nak. hahaha. Aku doakan kau bahagia dengan dia. Aku tahu dia boleh bahagiakan kau. Dia baik rissa. Jangan samakan dia dengan lelaki lain tau. Sekali lagi tahniah’’. Panjang ucapan tahniah Marissa kepada Arissa.
      “Eh, aku yang bertunang. Kau pulak yang excited terlebih nie kenapa? hahaha. Terima kasih, Mar. Terharu aku dibuatnya. hehe. Hmm, aku percayakan dia. Bagi aku dia tak sama dengan lelaki yang aku kenal. Aku jaga dia baik punya. Jangan risau lah’’. Jawab Arissa begitu gembira dengan kedatangan kawan baiknya bersama tunangnya itu.
      “Ya allah Rissa, mestilah aku excited. Kau tunang dengan kawan aku kot. Tak sia-sia aku kenalkan dia pada kau dulu. Kan ?hahaha. Eh, aku balik dulu. Zain ada hal lepas nie. Jaga diri kau baik-baik. Jaga Asyraf sekali. hehe’’. Jawab Marissa bersungguh-sungguh mengenakan Arissa.
      “Yela Mar, kau pun jaga diri baik-baik. Jaga abang sayang kau tu pun elok-elok. Jangan sampai dia lari sudahlah. hahaha’’. Arissa memulangkan paku buah keras pada kawan baiknya itu.
      “Tak guna kau. Hahaha”. Jawab Marissa bernada geram. Mereka berpelukan sebelum masing-masing membawa haluan sendiri. Selesai sudah majlis pertunangan yang berlangsung di rumah Arissa pada hari itu.
      Beberapa bulan selepas majlis pertunangan itu, Irham datang menemui Arissa setelah bertahun-tahun mereka tidak bertemu. Bagi Arissa, lelaki itu dah lama mati dalam kamus hidupnya dan dia bukan lagi urusannya setelah dia pergi membawa dirinya dahulu. Kalau boleh dia tidak mahu berjumpa lagi dengan lelaki yang sentiasa memberikan duka, luka dan kecewa buatnya.
      Tetapi Arissa menemuinya hari itu kerana beranggap ada hal yang lebih penting yang lelaki itu ingin perkatakan. Dia tidak ingin membuang masa dengan mengungkit cerita lama mereka dahulu. Segala-galanya sudah lama berlalu. Tetapi sangkaan Arissa meleset sama sekali, Irham datang menemuinya untuk mengambil kembali apa yang telah dia tinggalkan dahulu. Irham mahukan Arissa kembali kepadanya seperti dahulu.
      “Tolong kembali pada aku’’ Rayu Irham.
      Segala-galanya dah tamat dulu lagi, semua berpunca daripada sikap kau yang tak tahu menghargai kehadiran aku dulu”. Jawab Arissa.
      “Tapi kau masih boleh bagi aku peluang, kan?Aku masih sayangkan kau”. Pujuk Irham lagi.
      “Tak, aku tak kan sesekali termakan dengan pujuk rayu kau lagi, dulu macam ini lah sewaktu kau nak kan aku, berjanji setia tetapi akhirnya aku juga yang menjadi mangsa, aku bagi pada kau berpuluh-puluh kali peluang tapi satu pun kau tak hargai. Cukup lah! Aku anggap kau jumpa dengan aku hari ini untuk bincang sesuatu yang lebih penting daripada hal kita dulu tapi aku silap. Silap sangat. Aku dah bertunang dan aku rasa kau tahu hal itu. Kalau kau sayangkan aku, kau akan biarkan aku bahagia dengan pillihan aku seperti mana aku lepaskan kau bahagia dengan pilihan kau dulu. Untuk pengetahuan kau, aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang dan aku lebih bahagia tanpa kau dalam hidup aku. Untuk apa kau datang sekadar ingin menuntut apa yang kau dah tinggalkan dulu?Aku dah terlalu penat terluka, tolonglah biarkan aku bahagia dengan dia”. Marah Arissa dengan sikap Irham yang tak tahu menghargai itu.
      “Aku tetap akan tunggu kau, Arissa. Kebahagiaan kau dengan aku bukan dengan dia. Aku sayangkan kau.Tolong lah Arissa”. Kata Irham lagi
      “Tunggu lah selama mana yang kau nak tunggu. Aku tetap dengan keputusan aku. Aku akan tetap berkahwin dengan dia walau apa pun yang terjadi. Kau cuma masa lalu aku, dan dia masa depan aku Ir, aku harap kau faham. Kalau betul kebahagiaan aku ada bersama kau, kenapa dulu kau tinggalkan aku ?sudah lah. Lupakan semuanya.Macam aku cakap tadi, kalau kau sayangkan aku. Kau akan biarkan aku bahagia dengan pilihan aku. Maafkan aku. Aku bukan lagi Arissa yang kau kenal dulu. Aku minta diri dulu, assalamualaikum”. Arissa berlalu meninggalkan Irham berdiam tanpa kata.
      Selepas kejadian pada hari itu, Irham seperti hilang arah. Hidupnya bagai tak terurus. Dia seperti kalah dalam permainannya sendiri. Baginya untuk dapatkan Arissa semula tidak sesukar ini. Kerana dahulu Arissa serorang yang senang dipujuk rayu. Dia bagai hilang dirinya. Dia seperti menyesal dengan semua yang dah berlaku.
      Bagi Arissa pula, biar di kalah dulu dengan permainan Irham, tetapi dia akan pastikan dia tidak akan kalah lagi masa akan datang. Kembali kepada Irham seperti menempah ajal sebelum maut. Dia tak akan tertipu dengan sandiwara Irham lagi. Asyraf adalah segala-galanya bagi Arissa kini. Walau macam mana sekali pun dia tidak akan sesekali korbankan hatinya untuk kembali kepada Irham semula. Biarlah Irham belajar dari kesilapan lalu.
      lrham cuma masa lalunya dan Asyraf masa depannya sekarang. Dia tahu yang dia akan lebih bahagia jika bersama dengan Asyraf. Harapannya cuma satu, Asyraf tidak akan berubah apabila sudah lama hidup dengannya nanti dan berharap kebahagiaan akan tetap menjadi miliknya.
      Dia ingat lagi pesan kawannya dahulu, “Allah tidak akan ambil orang yang kita sayang kecuali mengantikannya dengan lebih baik”. Dia percaya Asyraf adalah yang terbaik buatnya dan berharap dia juga mampu menjadi yang terbaik buat Asyraf.
      Pertemuan semula Arissa dan Irham sampai kepengetahuan Asyraf apabila dengan tidak sengaja dia ternampak Arissa bersama dengan Irham petang itu di tasik Cyberjaya sewaktu balik daripada kerja.
       Asyraf menjadi tidak senang duduk kerana dia takut Arissa akan kembali kepada lrham semula. Dia mula ragu-ragu kerana apa sahaja boleh terjadi kerana dahulu Arissa separuh mati sayangkan Irham. Tetapi Asyraf yakin dengan Arissa dan dia tahu yang Arissa tidak akan pergi kepada Irham kembali. Tetapi dihatinya tetap berasa ragu.
      Malam itu, sukar untuk Asyraf memejamkan mata kerana terlalu memikirkan apa yang dilihatnya pada petang tadi. Pusing ke kiri, bayangan Irham membayanginya. Pusing ke kanan, Bayangan gadis pujaannya yang kini menjadi tunangannya sedang tersenyuman manis membayangi ruang matanya. Tak dapat dibayangkan sekiranya dia harus berpisah dengan tunangnya itu. Kasihnya kini terlalu dalam buat gadis genit itu.
      Semenjak mengenali Arissa, dia bernekad untuk menyayangi dan menghargai gadis itu kerana pada awal perkenalannya dengan Arissa, dia sudah tahu mengenai kisah hidup gadis pujaan hatinya itu. Kisah yang begitu menyayat hatinya. Ketabahan Arissa membuatkan dia jatuh hati pada gadis itu. Dia mahu menjaga dan menyayangi Arissa sepenuh hatinya kerana dia tahu yang Arissa berhak mendapatkan semua itu.
      Dimata Asyraf, Arissa seorang gadis yang sempurna. Seorang yang pandai membawa diri kemana sahaja gadis itu pergi, manja, berdikari dan yang paling penting, Arissa tak pernah menyakiti hati Asyraf. Dalam hatinya bernekad walau apa pun yang berlaku, Arissa akan tetap menjadi miliknya.
      Pagi itu, Asyraf bergegas turun dan mencapai kunci kereta di atas meja diruang tamu rumahnya untuk berjumpa dengan tunang kesayangannya. Didalam kereta, Asyraf mendail nombor telefon Arissa dan memberitahu Arissa untuk berjumpa dengannya. Arissa bersetuju untuk berjumpa Asyraf di tempat biasa.
      Perjalanan yang mengambil masa selama 30 minit itu dirasakan sangat lama. Dia seperti tidak sabar untuk berjumpa dengan Arissa. Terasa berbulan lamanya tidak menemui kekasih hatinya itu. Sampai sahaja di tasik itu, Asyraf terus mendapatkan Arissa yang sedang duduk di kerusi di tasik itu. Tanpa berlengah lagi, Asyraf terus menanyakan hal semalam kepada Arissa. Sesak fikirannya memikirkan pertemuan antara Arissa dan Irham pada petang semalam.
      “Dia jumpa Irham semalam?ada apa?’’. Tanya Asyraf lembut.
      “Hmm, dia yang nak jumpa orang. Orang tak tahu apa-apa mula-mula. Orang ingat dia saje nak jumpa orang. Lagipun dah lama kitorang tak jumpa’’. Jawab Arissa takut-takut.
      “Kenapa tak bagitahu orang dia pergi jumpe Irham semalam?hmm’’. Asyraf mengeluh.
      “Orang nak bagitahu tapi orang takut dia salah anggap. Lagipun orang jumpe dia sekejap je semalam’’.Arissa memberitahu.
      “Yela, Irham nak ape jumpe dia semalam?’’ Tanya Asyraf.
      “Irham nak orang balik. Suke-suke dia je. Ingat orang ape ? hehh!’’. Jawab Arissa dalam nada marah.
      “Nak dia balik? Dia terima ke ?hmm. Habis orang macam mane?”. Tanya Asyraf kalut.
      “Hahahahahah. Sayang, buat lawak lah. Gile ke ape. Tak kan lah orang nak pergi dekat dia balik. Sayang orang nanti patah hati lah jawabnye. hehe. orang tak kan pergi balik dekat dia. Jangan risau sayang’’. Arissa menjawab sambil menyakinkan Asyraf yang dia tidak mungkin berpatah arang pada Asyraf. Walau apa pun keadaannya, dia akan tetap setia pada Asyraf.
      “Ingat lawak ke?orang betol-betol lah. orang sayang dia tau. Macam mana kalau dia betol-betol pergi balik dekat Irham tu? Gila tak merana orang. Haish!’’. Marah Asyraf pada Arissa seperti tidak memahami gelodak dihatinya.
      “Okay lah okay lah. Orang serius. Orang tahu dia sayang orang. Orang pun sayang dia jugak tau. Kalau tak sayang, orang dah lama pergi dekat Irham tu. Tapi sebab sayang, orang tak kan sesekali pergi balik dekat Irham. Percayalah dekat orang. Orang sayang dia je. Dah lah, jangan fikir bukan-bukan lagi ea ?Orang tak suke lah tengok dia macam nie. Senyum sikit. Hehe”. Bersungguh-sungguh Arissa menyakinkan Asyraf.
      “Betol nie? orang sayang dia. Jangan tinggalkan orang tau. Janji ?  I love you, sayang’’. Ucap Asyraf sambil tersenyum manis kepada tunangnya itu.
      ‘’Janji! I love you too, sayang’’. Janji Arissa kepada Asyraf.
      Asyraf tersenyum memandang Arisaa. Hilang segala keraguan apabila menatap wajah kesayangannya itu. Di hatinya bersyukur kerana Arissa masih menyayanginya. Risau jugak sekirannya Arissa berniat untuk memutuskan pertunangan mereka. Apa akan terjadi padanya nanti?
      Semakin hampir dengan majlis perkahwinan Arissa dan Asyraf, mereka masing-masing sibuk menguruskan persiapan perkahwinan mereka. Kehulur-hilir bersama-sama. Sekejap ke butik pengantin untuk menempah baju. Sekejap ke kedai barang hantaran, sekejap ke kedai membuat kad perkahwinan. Kesana- kesini mereka pergi.
      Mereka kelihatan sangat sibuk membuat persiapan. Segala-galanya harus ada untuk majlis perkahwinan itu. Biar kelihatan sempurna walaupun kadang-kadang mereka terpaksa mengorbankan masa kerja mereka untuk persiapan perkahwinan mereka itu.
      Mereka memilih tema oren disebelah pihak perempuan dan tema merah hati disebelah pihak lelaki. Kad perkahwinan mereka telah diedarkan. Segala persiapan telah disiapkan. Segala-galanya disiapkan mengikut perancangan.
      Setelah setahun tempoh pertunangan Arissa dan Asyraf, akhirnya mereka diijabkabulkan dan mereka sah menjadi suami isteri. Majlis perkahwinan mereka meriah dengan kehadiran sanak saudara serta sahabat handai kedua-dua belah pihak. Segala-galanya berjalan seperti yang dirancang.
      Mereka seperti merpati dua sejoli. Dua-dua nampak bergaya dengan busana yang mereka kenakan. Senyuman yang terukir di bibir mereka jelas menunjukkan kebahagiaan mereka. Berjuta ucapan tahniah yang diberikan pada mereka di majlis perkahwinan itu.
      Dalam pada menyambut kemeriahan majlis perkahwinan itu, sesuatu yang tidak dijangka berlaku, Irham datang bersama seorang wanita sewaktu majlis perkahwinan mereka berlangsung. Arissa begitu terkejut kerana tidak menyangka Irham sudi datang ke majlis perkahwinannya.
      “Tahniah Arissa. Kawen jugak kau dengan dia. Hmm, aku doakan kau bahagia. Aku tahu kau akan lebih bahagia dengan dia. Kebahagiaan kau kebahagiaan aku juga. Tahniah lagi sekali. Jadi isteri yang baik tau. Jangan nakal-nakal. Hehe”. Ucap Irham sempat mengusik Arissa . Didalam hati dia memuji Arissa yang nampak anggun di majlis perkahwinannya itu.
      Ucapan Irham mengundang pelbagai perasaan di hati Arissa. Serba- salah, sedih. Jiwanya berkocak. Air matanya seperti ingin mengalir mendengarkan ucapan Irham itu. Tetapi dia sedar ada mata lain yang sedang memerhati mereka berdua. Lantaran itu. Dia kuatkan hatinya untuk berhadapan dengan Irham.
      “ Err… Ir, thanks for coming. Aku tak sangka kau sudi juga datang majlis aku hari ini. By the way, aku bukan yang dulu lagi. Aku dah tak nakal sangat dah sekarang nie. Hahaha. Isteri yang baik tu dah tentu lah. Insyaallah.  Hemm, kau bile lagi ?aku pulak nak rasa makan nasi minyak kau. Jangan tunggu lama-lama. Nanti lama-lama, dia di kebas orang. Hehe”. Jawab Arissa mengenakan Irham.
      “Menyanyi pulak kau.Nak nyanyi sangat. Tu pergi dekat tempat karoke tu. Nyanyi puas-puas sana. Hahaha. Aku?Hmm, insyaallah kalau ada jodoh, lepas kau aku pulak. Cewah!”. Gurau Irham.
      “Ah, tak nak aku nyanyi. Kau je lah. Aku pengantin mana ada nyanyi-nyanyi nie. Hehe. Wah, dah ada calon tu, kawen je lah. Tak payah tunggu-tunggu. Eh, Ir, aku minta diri dulu. Kau makan lah dulu. Aku nak masuk ke dalam sekejap. Sekali lagi, thanks sebab sudi datang. Ajak awek kau makan sekali tu. hahaha”. Jawab arissa sempat mengenakan Irham semula.
      “Haa, yela. Hati-hati jalan tu. Kasut kau tinggi sangat tu. Kang jatuh pulak. Malu kalau pengantin jatuh. Hahahah”. Irham mengejek Arissa yang begitu anggun mengenakan baju pengantinnya itu.
      “Ah, Banyak lah kau. Tak guna betol lah budak nie! Haha”. Jawab Arissa geram kerana Irham tak habis-habis mengusiknya.
      Arissa berlalu ke dalam rumah dan sempat berselisih dengan perempuan yang datang bersama Irham itu. Baru dia perasan perempuan itu lah yang menjadi punca bergolakkan hubungannya dengan Irham dulu. Ah..biarlah.
      Petang Ahad itu, selesai sudah majlis perkahwinan Arissa dan Asyraf seperti yang dirancangkan. Arissa bersyukur kerana dia sudah sah menjadi isteri kepada Asyraf kini. Azamnya kini hanya satu, mahu menjadi isteri yang terbaik buat Asyraf dan menantu yang baik untuk keluarga mertuanya.
      Malam itu, mereka bersama-sama mengemas rumah, Asyraf mencuci periuk-periuk yang telah digunakan sewaktu majlis perkahwinan mereka tadi. Arissa membantu suaminya. Setelah siap, mereka masuk ke bilik untuk merehatkan badan yang keletihan kerana seharian membuat kerja.
      Tiba-tiba, Asyraf memeluk isterinya daripada belakang. Dia membisikkan kata-kata cinta buat isteri kesayangannya. Arissa seperti berada diawang-awangan kerana terlalu bahagia dengan kebahagiaan yang dikecapinya kini.
      “Asyraf.. hadirmu bagai sinar mentari pagi. Menerangi lorong kelam lagi sunyi yang selama ini ku lalui. Melenyapkan kedukaan yang bagai berkurun lama memenjara jiwaku dalam sepi. Terasa kini, bahagia ada dimana-mana. Hanya dirimu yang bertakhta dihati. Ya allah semoga perkahwinan ini berpanjangan hingga  ke akhirnya… amin”. Doa Arissa di dalam hati.
      Dua minggu berada di rumah mak mertuanya, Arissa banyak belajar untuk menguruskan hal rumah tangga daripada mak mertuanya. Banyak perkara mengenai suaminya yang sebelum ini dia tidak pernah tahu, telah diketahuinya kini.
      “Rissa, kita nie orang perempuan kena pandai jaga hati suami. Layan suami elok –elok, insyaallah syurga tempat kita. Kalau makanan tu biar lah kita yang sediakan. Ikat perut suami dengan masakan kita. Kalau tak sedap pun tape. Boleh belajar lagi. Tapi sekurang-kurangnya kita cuba. Kan ?”. Nasihat Puan Noraini kepada menantu barunya itu. Dia mahu anak menantunya mengikut jejak dia dan suaminya yang sentiasa bahagia walaupun hampir 26 tahun mereka berkahwin.
      “Yela mak. Tapi kan nanti kalau masak bukan-bukan sakit perut pulak. Macam mane yea ? hehe”. Tanya Arissa sempat bergurau dengan mak mertuanya. 
      “Alah. Bukan susah pun nak masak sedap-sedap. Nanti mak ajarkan. Asyraf suke makan nasi goreng ikan bilis. Ala-ala nasi goreng kampong gitu. Kalau mak yang masak. Tambah dua, tiga pinggan selalunya”. Jawab Puan Noraini bersungguh-sungguh mahu menantunya mempelajari cara memasak dengannya.
      “Yeke mak? Rissa pun tak tahu Asyraf suke makan nasi goreng ikan bilis. Hahaha. Nanti mak ajar Rissa masak nasi goreng tu yea ? Rissa pun nak jugak masakkan makanan kegemaran suami Rissa”. Teruja sungguh Arissa mendenga berita yang baru diketahuinya itu. Baru dia tahu yang suaminya suka makan nasi goreng ikan bilis. Selama ini, setiap kali dia tanya. Suaminya hanya menjawab ‘apa je yang dia masak untuk orang, orang akan makan’. Ternyata suaminya seorang yang senang diurus. Arissa tersenyum sendiri.
       Setelah sebulan berkahwin, mereka berpindah ke rumah mereka yang dibeli oleh Asyraf di Presint 16, Putrajaya. Asyraf sudah memulakan kerjanya dan Arissa masih bercuti kerana dia mengambil cuti yang agak lama untuk belajar membiasakan diri untuk menguruskan keperluan suaminya.
      Pada pagi yang hening itu, Arissa bangun awal pagi. Bersiap dan bersolat subuh. Panjang doanya pagi itu, memohon kepada Allah agar kebahagiaan yang dirasainya kini berpanjangan dan agar allah sentiasa memberi kekuatan dan kesabaran kepada dia dan suaminya dalam menempuh kehidupan berumah tangga.
      Selepas itu, dia turun ke dapur untuk menyiapkan sarapan pagi buat suaminya kerana sekejap lagi suaminya akan memulakan kerja setelah sebulan bercuti. Dia bercadang untuk memasak nasi goreng ikan bilis kegemaran suaminya yang baru dipelajari daripada ibu mertuanya. Setelah siap, dia menyediakan pula teh o panas dan meletakkannya dia atas meja makan di ruang dapur itu.
      “Good morning sayang. Masak ape hari nie?”. Ucap Asyraf sambil mencium pipi gebu isteri kesayangannya.
      “Good morning. Meh duduk. Orang buat nasi goreng ikan bilis kegemaran sayang hari nie. Orang baru belajar, tak tahu sedap ke tak. Sorry lha ye kalau tak sama dengan yang mak buat. Tak expert lagi lah. hehe”. Jawab Arissa sambil menuang air ke dalam cawan untuk diberikan kepada Asyraf.
      “Wah! Nasi goreng ikan bilis?Bau macam sedap nie. Ala sayang, apa yang sayang masak semua sedap lah. Kalau tak sama dengan yang mak buat pun tape, janji boleh masuk mulut. hehe”.Gurau asyraf sambil menyuap nasi goreng ikan bilis itu ke dalam mulutnya. Bebunga hatinya bila melihat isterinya mahu mencuba memasak makanan kegemarannya itu daripada emaknya. Makin bertambah sayangnya buat isteri yang baru dinikahinya itu.
      “Eleh. Ye lah tu. Hemm, tengahari balik makan tak?” Tanya Arissa kepada suaminya.
      “Mestilah balik. Rindu kalau tak tengok muka sayang orang nie. Hehe. Masak sedap-sedap tau. Orang pergi keje dulu”. Jawab Asyraf sambil bangun daripada meja makan untuk berangkat ke tempat kerja.
      “Mengada lah. Haish. Nanti orang masak sedap-sedap ea. Hati-hati”. Arissa mendapatkan suaminya dan mencium tangan suaminya.
      “Hati-hati dekat rumah. I love you”. Pesan Asyraf sambil mencium dahi isterinya dan terus berlalu pergi.
      “I love you too”. Balas Arissa perlahan.
      Arissa dan suami hidup bahagia setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga. Mereka lebih mengenali antara satu sama lain selepas hidup bersama. Arissa semakin selesa menjadi isteri kepada Asyraf. Tiap hari dia akan memasak masakan kegemaran suaminya. Menyediakan kelengkapan suaminya untuk bekerja.
      Dia juga semakin mahir melakukan kerja-kerja rumah selepas berkahwin. Ada sahaja benda yang akan dilakukan dirumah itu. Tiap-tiap minggu mereka keluar bersama-sama. Menonton wayang, tengok bola, jalan-jalan, shopping dan sebagainya. Kehidupan mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih. Mereka bahagia begitu.
      Setelah setahun perkahwinan mereka, Arissa disahkan mengandung 3 bulan. Semestinya Asyraf adalah orang yang paling gembira mendengar berita itu. Dia begitu excited dengan kehadiran bakal cahaya pertama mereka. Awal-awal lagi, dia ingin mempersiapkan keperluan bayi untuk anak mereka. Arissa hanya mengikutkan sahaja kehendak suaminya. Tiap-tiap minggu mereka akan keluar mencari keperluan bayi. Walaupun sudah banyak yang dibelinya, Asyraf tetap mahu membelinya lagi. Katanya, anak pertama. Arissa faham keterujaan suaminya untuk menyambut cahaya mata pertama mereka.
      Setelah genap 9 bulan 10 hari, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki dan diberi nama Muhammad Haiqal Ziqree. Hampir menitis air mata Arissa apabila mendengar Asyraf mengazankan anak pertama mereka. Terasa kehidupannya lengkap sebagai seorang wanita kini. Wajah anaknya saling tak tumpah seperti wajah suaminya. Itulah bukti kasih sayang dia dan suaminya, Asyraf. Bahagianya saat itu, hanya mereka yang mengerti.
      “Terima kasih sayang. Anak kita comel macam sayang”. Ucap Asyraf sambil mencium dahi isterinya.
      Arissa hanya tersenyum bahagia sambil menggengam erat tangan suaminya mendengarkan ucapan itu.
      Dalam pada kegembiraan menyambut cahaya mata pertama mereka, mereka dikejutkan dengan kehadiran kad jemputan majlis perkahwinan Irham bersama pasangannya yang hadir sewaktu majlis perkahwinan mereka dahulu.
      Arissa melihat kad jemputan itu sambil tersenyum dan mengucap syukur didalam hati. Mengalir air mata kegembiraan di pipi gebunya. Dia diberi dua kebahagiaan dalam satu masa. Dia dikurniakan cahaya mata dan Irham pula akhirnya berkahwin dengan pilihan hatinya.
      Burung-burung berkicauan diluar jendela seperti menyanyi lagu merdu melihat kebahagiaan pasangan itu. Awan cerah bagai memberi petunjuk kehidupan mereka akan lebih cerah dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka itu.
      Sesungguhnya, kebahagiaan itu adalah milik Allah yang hakiki. Siapalah kita nak mempersoalkannya. Allah masih bagi dia peluang untuk merasai nikmat kebahagiaan setelah beberapa kali hati kecil gadis itu di robek dan dilukai.
      “Alhamdulillah…..terima kasih Ya Allah”. Bisik Arissa di dalam hati tanda mensyukuri segala nikmat yang diberi oleh Allah SWT kepadanya. Arissa memandang suaminya dan mereka tersenyum bahagia. Kini kebahagiaan adalah miliknya…..

      -TAMAT-

      ain najiha here :)